Showing posts with label buttercream. Show all posts
Showing posts with label buttercream. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Red roses red velvet cake

Yang ni order dari jauh..mr Ameer dari UK nk hantar birthday cake kat girl friendnyer di bdr tun hussein onn.. skalian dgn roses 6 kuntum.. sooo suwittt.. hehe.. kek ni designnyer di request oleh penempah sendiri, saye copy jer ehekk..

Nak try upload gambo kek dengan bunge skali kalau boleh. pake tab ni susoh le pulok.. hurmmm



Anyway tq dearie, seksok nk tunang ke, kawin ke, bole la order lagi yer..hehek...







Friday, June 1, 2012

Hantaran tunang pink - floral buttercream


Set hantaran tunang tema pink roses untuk Ipah dan Faiz.. Bertunang di Taiping esok, 2/6/2012.

Set ni dalam transparent box, cuppies topped dengan buttercream, tulisan pakai fondant.

Selamat bertunang to both of you. To Kak Akma, thank you for ordering. Ngeeeee...
Selamat Bertunang Ipah & Faiz

Saturday, April 21, 2012

Angry bird birthday cake and cupcakes

Birthday cake Angry bird untuk Acu, Ajan and Afrina. April babies.. and also fondant angry bird cupcakes..




Ok tak??

Teacher and son's birthday cake



Yang ni kek untuk my daughter's class teacher and her son. Bagus anak2 murid ni.. sayang kat cikgu diorang. She's teaching the Maths, memang superb cikgu ni.. Kerja sekolah, latihan, tak putus2..

Happy Birthday Pn Shima. Thank you for teaching our kids... :)

Wednesday, December 21, 2011

Farewell cuppies - Kak Sri Bayu

Order farewell cuppies ni dari Kak Sri Bayu untuk makan2 dengan officemate. Kak Sri dapat keje kat Chan Sow Lin..hehe, mesti offer lagi best tu. :D

Thanks Kak Sri, nanti boleh order lagi untuk welcome party kat ofis baru pulak.. ;)


Saturday, October 15, 2011

Gambar lama baru upload

 Yang ni masa mula2 belajar buat design and deco
 Yang ni ditempah oleh my buddy, Timah comey
 Cupcake ni ditempah untuk majlis tunang my ex-colleague punyer sedara.


Thursday, June 30, 2011

Lovey dovey cuppies

35 pcs cupcake lovey dovey ordered by Cikgu Mazniah from SKTR. Base buttercream putih dengan love kaler pink and gold balls kat tepi. Simple but nice. Hope teacher suke yer.. Tq :D..

Friday, June 17, 2011

Zu's visit - cuti skolaaaa..


 Cuti sekolah baru ni, Zulaikha kawan saya masa kat UITM Dungun dulu datang visit kat rumah. Bersama suami, anak and adik ipar. Memang Zu datang sebab nak makan kek, almaklumlaaa orang tengah berbadan dua.

Dah lama tak buat bunga ros dari buttercream, jadi le 4 kuntum besar2 tu. Satu tu dah terjatuh senget lak masa transfer ke atas kek. Cuppies tu anak2 le yang buat. Semua main cincai2 konon nak tunjuk kreativiti..hahahha...

Gambar close up skit kek ni. Keliling kek dah dipenuhkan dengan swirl2 dek bebudak ni. Jenuhla Zu and family makan krim kat Kedah yerrr..

Thanks Zu sebab sudi singgah rumah aku :D...

Thursday, June 16, 2011

Happy Birthday Endra Adrian and Abby - Order by Rini from Bkt Cheras

Happy 3rd birthday Endra Adrian!

Order yang ni datang dari Rini, untuk boys in her life, anak and hubby tersayang. Adrian suka Thomas, so here comes choo choo train cake for you, Adrian! Kek coklat dengan buttercream, edible image Thomas & Friends, dan keliling atas saye letak M&M's chocs. Keliling bawah dengan buttercream.
Yang ni pulak kek untuk hubby Rini, Abby. Kalau tak silap ini Abby Saiful dalam citer Ali Setan tu, tapi saya tak tanya la pulak dengan Rini.. hehehehe.. Abby minat scuba diving, so Rini bagi gambar2 sea creatures untuk buat edible image and letak atas cuppies..

Happy birthday to Papa Adrian, Abby..










Side view of Thomas cake.. cake tak cukup tinggi so thomas kene letak sideway je..




Rini hantar sms comment on the cakes that they are delicious and she will surely repeat order untuk any other event later... Thanx Rini. :D





Wednesday, May 25, 2011

May cake orders...

   
Mak & Ayah Cake ordered by wannabe Nur Aminah..hehehe

Teacher's Day at Tadika Al-Hannah

Red velvet with cheese cream ordered by Mak Buyung BNM - Abi

Sunday, April 3, 2011

Say It With Cupcakes

Say "I Love You" in style..

Let him/her know how sweet, delicious and rich your love is for them. Nothing says it all better than CUPCAKES.. 

Ordered by Adik Iera for his bf's birthday.. Thanks dek for the opportunity ;)

6 pcs large choc cuppies with buttercream topping, and some coloured sprinkle.. It's sweet and it's lovely..

Friday, March 4, 2011

Hantaran cuppies




Wedding present cuppies

Orang kawin sekarang ni dah tak ikut musim cuti sekolah dah. Asal weekend jer, ada wedding, weekend jer ada wedding.. Ye lah, yang kawin bukan budak-budak sekolah ye tak? Well, bagus juga every ada wedding ni, makan nasi mnyak tiap-tiap minggu. Tapi, pastikan tahap kolesterol kita jugak tauuu.. Jangan terover sudahhhh..
 Bila nak pergi wedding kawan-kawan tu, kadang2 dah tak ada idea nak bagi hadiah apa, sooo.. apa kata bagi cupcake sebagai tana ingatan. Dah ramai sangat dah bagi pinggan mangkuk, periuk belanga, cerek letrik, etc etc.. Cuppies ni boleh la dimakan oleh pengantin sama-sama kat dalam bilik... hehe.. conteng-conteng muka, suap-suap.. lepas tuuu Ngappp!! laa.. ehhh ngap cuppies tau bukan orang!! Jangan nakal-nakal!! :P
 So, apa lagi.. dah beli hadiah kawan untuk wedding minggu depan?? Minggu depan cuti sekolah tauuu... Kalau susah-susah sangat tempah aje cuppies dengan Marocupcake. Dijamin tak pening kepala anda!!


Tuesday, February 8, 2011

Cute birthday cupcake - Froggie

Cupcake pink and green, ordered by Eisya, my friend, Sala's younger sister. No specific theme, only she asked for cute froggie.. errrr.. hope my version of froggies are cute enough hehehe.. though they might lok a bit 'sad', but they are actually in love and that look of sadness is actually "stim".. hahhaha...

The cakes are for celebrating her 23rd birthday on 9th February. Happy birthday to u Eisya, hope you enjoy your day and the cakes with friends and families :).


For this cupcake I decorated it with stars and loves to match the cute froggie design. Topped with a bit of gold balls, and for the frogs' eyes I used marshmallow cut into half.

Eisya, thanks for the order. As the saying goes, Tell your friends if you like it, Tell it to me if you don't (Kalau suka bagitau kawan, tak suka bagitau saya). Hehehehe...












Sunday, February 6, 2011

Birthday chocolate cake with buttercream

 Hari Sabtu baru ni, family abang wa datang berkunjung ke teratak kediaman kami sekeluarga sempena raya cina and cuti sekolah. Since buah limau yang ada kat umah pun agak masam-masam kelat, tak tau le kenapa tahun ni punya limau banyak yang masam, and kitorang pun tak beli kuih bulan, wa masak la kek untuk deme sekeluarga. Elokla pulak besday abang wa 2 ari sebelum tu, on 3r February.

Ada la jugak saya masak lasagna roti, resepi yang kak biras saye bagi dan dah berkali2 saya masak. Memang lazat dan menggiurkan. Gambar tak letak le pulak, sebab fokusnyer ialah kek birthday ni. Kalau rajin nanti wa upload gambar lasagna tu pulak. Kek ni wa salut ngan buttercream, pastu letak bunga ros 6 kuntum, kecik beso, kasi daun2. Kat love tu letak chocolate rice sikit (taknak pun takpe). Kelilingnya wa touch up ngan buttercream and top ngan silver ball. Anak buah saye kejenya mengutip dan meratah silver ball tu, katenyer sedap.
     

Lepas nyanyi2 lagu happy birthday, abang wa pun dengan senyum simpulnyer hehehe potong la kek. Kitorang tepuk tangan.. yeayyy boleh makan. Muka yang kat sebelah kek tu ialah muka anaknya.. bukan ayahnya..

Ni la dier, chocolate kek 2 kg dengan buttercream. Minum dengan kopi pun sodappp..



                                                                  Haaa.. gambar besday boy dengan kek dan lasagna nyer.. :D

Thursday, February 3, 2011

Cuppies corak bunga-bungaan V2

25 cuppies ni ordered by Sala, my schoolmate and dormmate masa kat SMSD dulu. Cuppies ni untuk birthay kawan dier esok. Design tak di"specify" oleh Sala pun, so since saya nak membanyakkan design bunga-bungaan, I take this opportunity untuk buat design ni yer Sala. Hope you and your friends like it.

Kalau suke boleh la repeat order next time yer.. TQ dearie..


Those yang berminat nak tempah. bolehla calling2 yer.. Trime kaseyyy... :D

Tuesday, February 1, 2011

Cuppies corak bunga-bungaan

TQ sis Zahariah yang order cuppies ni untuk bawak balik kampung di Ganu.. lama jugak saya tak menjengah ke sana. Last skali pun agak ader 5 tahun lepas kut masa member kawin di KT.

Zahariah order 80 cuppies and design terpulang pada saya. Harap Zahariah suke yer dengan corak dan rasenyer.

Ada 58 corak bunga, 20 dengan edible image and lagi 2 saye salutkan chocolate ganache atas kek. Saje nak bagi rasa lain2 topping. Ada rezeki boleh repeat order lagi, kan Zahariah? Hehehe...



So..kalau ada yang bekenan and terasa nak makan cupcake tapi malas nak masak (alaaa biasa la, kalau hari2 keje mane larat kan), order jer dengan saya. Trime kaseyyy...

Monday, January 31, 2011

Mini cuppies untuk si comel yang menawan

Mini cuppies ni saiz percubaan untuk sang suami bawak kat opih dier. Pastu pulak kawan2 dier bekenan nak mengorder untuk anak2 yang comel. Sebab tu tajuk blog ni "Mini cuppies untuk si Comel yang Menawan".

Saiz mini yang memang one mouthful untuk anak2.. Mulut depa kan kecik2, comel2 gitu..


Harga sebiji RM0.80 jer.. minimum order 35 pcs.

Kalau untuk birthday anak2 umur 5,6 tahun tu ok sangat2 la saiz camni kan..

Kalau berminat jangan lupa contact, 017-6957611 untuk tempahan.

Sunday, January 30, 2011

Thank you and Good Luck cuppies

Yang ni repeat order by Kak Sri.. Her friends like the choc cuppies untuk graduation tu, so these were another sets of friends. Ramai sungguh insan-insan yang rajin buat MBA. Malaysia skrang memang ramai orang pandai-pandai, kan... Bagus, Alhamdulillah...

Cuppies ni Kak Sri kate nak 2 dozen, one dozen Good Luck and another Thank You.

Thank you pakai swirl hijau and topped with chocolate rice and sprinkle.


 Yang Good luck ni pulak lukis2 bunga and topped dengan silver and gold balls.



To order, contact 017-6957611 yer. Trime kaseyyy..

Chocolate birthday cake barbie, apple banana cuppies

Dah lama pulak tak update blog ni. Since hari ni hujan and takleh nak kuar lagi, terasa pulak nak upload gambar2 yang dah didownload dari kamera Sony ku itteww.. nah ini diaaaa...

Thanx to my high school frien Hasni yang order chocolate cake untuk besday anak daranyer.. tak sempat pulak tanya sape namanyer since tak pulak diberitahu.. kek ni dilayer dengan chocolate cheese cream and buttercream. Topped with ganache dan saye taburkan coloured sprinkle, almond and walnut kat keliling.

Sori la yer Sni, wa luper bawak lilin hehehe.. dah pack letak atas meja dah, tapi lantaran dek tak diselotepkan ke atas kotak itulah jadinyer..



Hasni pun order cuppies untuk dimakan bersama sedara-mare. 25 pieces of banana apple topped with half cocholate ganache and  half buttercream, ikut suka-suki saye..  cam kat bawah ni..





To sesaper yang berminat nak mengorder untuk anak ke, gefren ke, boifren ke suami isteri tercinta, sile ctc saye yer.. 017-6957611 Trima kaseyyy...