Sunday, February 6, 2011

Birthday chocolate cake with buttercream

 Hari Sabtu baru ni, family abang wa datang berkunjung ke teratak kediaman kami sekeluarga sempena raya cina and cuti sekolah. Since buah limau yang ada kat umah pun agak masam-masam kelat, tak tau le kenapa tahun ni punya limau banyak yang masam, and kitorang pun tak beli kuih bulan, wa masak la kek untuk deme sekeluarga. Elokla pulak besday abang wa 2 ari sebelum tu, on 3r February.

Ada la jugak saya masak lasagna roti, resepi yang kak biras saye bagi dan dah berkali2 saya masak. Memang lazat dan menggiurkan. Gambar tak letak le pulak, sebab fokusnyer ialah kek birthday ni. Kalau rajin nanti wa upload gambar lasagna tu pulak. Kek ni wa salut ngan buttercream, pastu letak bunga ros 6 kuntum, kecik beso, kasi daun2. Kat love tu letak chocolate rice sikit (taknak pun takpe). Kelilingnya wa touch up ngan buttercream and top ngan silver ball. Anak buah saye kejenya mengutip dan meratah silver ball tu, katenyer sedap.
     

Lepas nyanyi2 lagu happy birthday, abang wa pun dengan senyum simpulnyer hehehe potong la kek. Kitorang tepuk tangan.. yeayyy boleh makan. Muka yang kat sebelah kek tu ialah muka anaknya.. bukan ayahnya..

Ni la dier, chocolate kek 2 kg dengan buttercream. Minum dengan kopi pun sodappp..



                                                                  Haaa.. gambar besday boy dengan kek dan lasagna nyer.. :D

No comments:

Post a Comment